Saturday 3 December 2011

Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia…
Berikut merupakan maklumat terkini dan ringkas, yang mana edisi ringkasan dan penyusunan semula daripada post sebelum ini berkaitan SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) 2011, disebabkan terdapat komplen(bukan nak ucap terima kasih pun) agar susun semula dengan lebih teratur, diharapkan tersusun pada post kali ini, insyaAllah, dan berfaktakan dari sebuah forum CG.

Semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan.



Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat. Syarat sah dalm perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI yang dijalankan.



Read more »

Kenaikan pangkat daripada :


DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-2 ke DG 1-4 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun



Kenaikan tahunan untuk :

DG 41…RM 230
DG 44…RM 250
DG 48…RM 270
DG 52…RM 290
DG 54…RM 320



GAJI PERMULAAN :

DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925….maksimum RM 6220
DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985….maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390….maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260….maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025….maksimum RM 11,505



Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali, bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018.



Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula.



Pada 2014 dan 2017 pelarasan gaji akan dilakukan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapitan kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000, kalau didarabkan kepada RM berapa?



Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54. Semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6….

( 1-3 tak ada ). Jom baca pra pekeliling disini. Dan disini sambungan bagi gred gaji ‘N’.

No comments:

Post a Comment

Listen2Quran