Monday 12 December 2011

Bola Baling

Bola Baling Sekolah Rendah

Saturday 3 December 2011

Pendidikan Jasmani Penting Atau Tidak

Sikap kebanyakan guru mencuri masa mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan (pjk) untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan dikenal pasti sebagai salah satu punca bilangan murid gemuk bertambah di sekolah rendah. Kajian yang dilakukan oleh sepasukan penyelidik dari jabatan pemakanan dan dietetik, fakulti sains kesihatan bersekutu, universiti kebangsaan malaysia (ukm) mendapati menjelang musim peperiksaan terutamanya, kebanyakan guru tidak menggunakan waktu pjk untuk tujuan sebenar sebaliknya menggunakan waktu itu untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan.Profesor madya dr. norimah a karim berkata, masa untuk pjk ialah tiga kali seminggu tetapi terdapat guru mengambil waktu-waktu itu untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan.


``Guru menganggap mata pelajaran peperiksaan lebih penting daripada pjk bagi menyediakan murid menghadapi peperiksaan,'' katanya kepada utusan malaysia. beliau ditemui pada majlis pertandingan senamrobik dan lukisan sempena kempen sekolah sihat nestle - kementerian pendidikan di petaling jaya, selangor, baru-baru ini.

Kajian yang diketuai oleh ketua jabatan pemakanan dan dietetik, fakulti sains kesihatan bersekutu ukm, profesor dr. mohd ismail noor itu telah dijalankan pada tahun 2001.
seramai 12,000 murid daripada pelbagai kumpulan etnik dan kawasan dari seluruh semenanjung malaysia dipilih menjadi responden.

Borang soal selidik disediakan dalam tiga bahasa iaitu melayu, mandarin dan tamil dan diedarkan di sekolah bandar dan luar bandar. bidang yang ditanya dalam soal selidik itu ialah tabiat pemakanan murid yang meliputi sarapan, makanan ringan dan minuman serta pengetahuan mengenai makanan berkhasiat.



Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia…
Berikut merupakan maklumat terkini dan ringkas, yang mana edisi ringkasan dan penyusunan semula daripada post sebelum ini berkaitan SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) 2011, disebabkan terdapat komplen(bukan nak ucap terima kasih pun) agar susun semula dengan lebih teratur, diharapkan tersusun pada post kali ini, insyaAllah, dan berfaktakan dari sebuah forum CG.

Semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan.



Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat. Syarat sah dalm perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI yang dijalankan.



Listen2Quran