Wednesday 26 October 2011

Pengenalan Bola Baling

SEJARAH BOLA BALING Bola Baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czhoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaras permainan ini. Pada tahun ini juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Pada tahun 1946, (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Negara-negara yang menguasai permainan bola baling ini adalah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungary dan juga Poland. Di Asia pula ialah Jepun, China dan Korea adalah antara negara yang terkuat. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Tehran. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait.

Listen2Quran